Aiman...sedarlah...
Saturday, August 20 @ 5:19:00 PM | 0♡ comment(s)
Aiman...
Doktor diagnosiskan yang dia akan koma selama bertahun-tahun
Kakak rasa serba salah...
Kakak,
dont be.
Benda ni mmg dah tersurat dari dulu.
Kita kena kuat.
Demi Aiman..
Pukul 4 lebih...
Umi call,bagi tau berita tu..
Aku terduduk kat tengah jalan..
Umi akhirnya gugur juga air matanya..
Tapi dia bangkit.
Dia yakin yang anaknya akan bangun.
Aku call Shafiq bgtau tentang hal ni...
Dia pun terkejut.
Kerol pun tahu pasal hal ni..
Pengajar cakap..
Perkara pertama yang awak kena buat adalah
R.E.D.H.A
Macam mana nak redha dengan keadaan macam ni??
Aku kena belajar terima macam mana umi terima semua ni.
Sedangkan dia seorang ibu,
boleh hadapi semua ni..
Aku pun boleh!
Sekarang,
bila pengajar tanya tentang adik aku..
Aku da bole jawab dengan tenang.
Dah tak menangis.
Berterima kasih jugak kepada kos Nursing ni
Sebab bole praktikkan masa kat rumah nanti.
Puan Mastura ajar macam mana nak baringkan kakak..
Macam mana nak gerakkan Aiman yang koma,supaya bila dia sedar sendi-sendi dia pulih seperti biasa.
Puan Suriyani ajar macam mana nak tukar cadar,semasa pesakit sedang koma.
Ada hikmahnya aku datang ke sini.
Ummi dan bab akan cuba pelbagai cara untuk pulihkan Aiman.
Solat hajat dilakukan setiap malam.
Dugaan yang dihadapi oleh Aiman sangat berat,
kerana Allah sayangkan kamu.
umi sentiasa bercakap dengan Aiman..
Bab...
A.Iwan
A.Amin..
Kami tahu Aiman dengar
cuma dia tak dapat bagi respon.
Semoga Aiman sedar..
Bangunlah adik...
Thanks to Shafiq
"Allah akan ganti apa yang Dia ambik"
Labels: life