Ujian Bagi Kami
Wednesday, August 17 @ 2:42:00 PM | 2♡ comment(s)
Rabi'ah aku panggil B...
Kami rancang nak ke bazar untuk beli lauk untuk berbuka dan sahur.
Sebelum tu,dalam kelas
aku ada bercerita kat B.
Masa kami pergi bazar,
takut tengok keadaan jalan raya kat Tanjung Rambutan.
Bercakap tentang accident.
Rupa-rupanya...
ada benda yang jadik kat family aku..
Abang aku call...
'K.ngah kat mna?? Call Bab cepat....'
Aku da terkejut...
Call bab aku xdapat...
then call umi pun xdapat...
Bila call kakak...
Umi yang angkat..
'Eh..umi...umi,kenapa abg suruh call bab??'
'Xde papela...k lah..umi ada keja...'
Lepas sampai kat bilik..
Aku call bab aku..
Dia cakap
'Kakak,Aiman dan Farhan accident.Aiman dan Farhan koma...'
Laju je air mata ni turun
Sebak
Sedih
Terkejut..
aku baru teringat tentang apa yang aku cerita kat B..
kalo time raye Aten akan buat kueh raya..
dengan adik beradik..
Kakak
Aiman
Farhan
Qistina
kami satu beradik akan campur tangan untuk buat kueh
kakak dan aku buat acuan
aiman panaskan oven
farhan keluarkan talam
qistina sapu marjerin atas talam..
Semua buat...
Rasa seronok sangat
Tapi..
raya tahun ni...
aku da xboleh nak buat dengan diorg
Kakak,Aiman dan Farhan accident.
Mase tu otw nak ke rumah nenek.
diorang accident dengan wira.
Kakak pandu Kancil kepunyaan Aiman.
Kakak dan Farhan tercampak keluar..
Aiman tersepit dalam kereta..
Kakak tertusuk dengan besi di limpa.
Selepas dikejarkan ke hospital..
Aiman dan Farhan..
KOMA..
Aiman mengalami pendarahan di kepala...
dan Farhan kecederaan di leher.
Kakak pula kecederaan di tulang rusuk.
Malam tu..
Solat pun menangis..
Hanya nak mintak Supaya Allah Lindungi mereka.
Nak balik malam tu tak bole...
dengan peraturan asrama...
Nasib baik ada kawan-kawan kat sini..
K.sue
B
Tasha
K.Iffah
Iera
Ain
K.Nadya
Fatihah
Siti
Amirah
K.Zara
Kerol
Bagi support kat aku
Diorg kalut cari number warden yang bertugas
Diorg jugak yang buat draft surat rasmi untuk aku hantar kepada warden.
Diorang yang habiskan kredit untuk call penyelaras.
Selepas dapat pelepasan untuk balik esok pagi.
Aku terus pergi Medan Gopeng.
Terima kasih pada K.Nadya sebab bagi pinjam duit untuk balik.
Da dapat tiket pukul 9.30 pagi..
Bila da dalam bas..
Mintak cepat sampai je..
Da sampai lam kul 5petang..
terus ambik cab ke hospital.
kakak dan Farhan ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab.
Umi terkejut tengok aku datang
Melihat ketabahan umi..
aku xtahan...
Kalau lah aku setabah dia..
Melihat kesabaran bab aku...
aku xsesabar dia..
Kalau lah aku sesabar dia
Farhan pakai neck guard..
dia da sedar masa aku sampai..
Nak muntah pun susah...
seksa tengok dia dalam keadaan macam tu.
selepas duk kat sana sekejap...
nak ziarah kakak aku..
tapi dia tengah operate...
Jadi aku ke HUSM dimana Aiman ditempatkan di ICU NEURO
Bila masuk, mana satu Aiman??
Dah xde rupa dia...
Hiba sangat hati ni...
Aku tahan air mata drpd keluar
Tapi aku tak terdaya..
"Aiman...bangun lah...."
Aku pegang tangan dia..
Dia ada respon..
Bola mata dia bergerak...
Begitu juga dengan kaki
Selepas tu, bab bawak aku balik ke rumah...
Rumah da xde rupa rumah...
Kain xberlipat..
Pinggan xberbasuh...
Baju xbersidai..
Lauk untuk buka puasa kat rumah nenek di biarkan di atas dapur.
Lepas buka puasa..
Aku kemas rumah...
Siapkan apa yang patut.
Siapkan baju untuk Qistina ke sekolah esok pagi..
Lepas kemaskan katil untuk bab aku berehat..
aku kembali ke bilik...
Tidur dengan Qistina.
Esok pagi, terus ke hospital.
Farhan da xpkai neck guard.
Tapi kena puasa..
Tengok dia lapar..
aku xtahan..rase nak bagi je makanan..
Tapi staffnurse xbagi.
terima kasih pada K.Nick,K.Zetty and A.Ju sebab jaga kakak.
Bila tengok kakak..
sedih sangat.
malam tu aku da kena balik ke Perak.
Rasa terkilan gila..
Kalau aku ada..
Aku bole jaga kakak..
Bole siapkan Qistina ke sekolah..
Bole kemaskan rumah...
Tapi..
umi tetap suruh balik...
Umi jaga Farhan
Bab jaga Aiman
K.Nick and K.zetty jaga kakak..
Tapi,mereka semakin pulih
Kakak da selamat buang limpa...
da keluar ICU...
Farhan da bole balik semalam..
Aiman da selamat operate untuk masuk besi di tangan.
Cuma Aiman xsedar lagi.
Masa otw balik ke Perak..
Bila baca signboard tu
betul apa yg tertera pada signboard.
Saya mintak jasa baik korang...
Recite doa for them.
Please.
Labels: life