Perginya NurulMizan Qistina
Tuesday, December 27 @ 12:10:00 PM | 4♡ comment(s)
Bismillahirahmanirrahim..
tak tahu nak start macam mana..
entry ni saya dedikasikan untuk arwah adik saya NurulMizan Qistina yang meninggalkan kami pada 25 Disember 2011 pada pukul 9 malam.
Arwah kemalangan dihadapan rumah.
Arwah kemalangan dihadapan rumah.
Dilanggar oleh kereta Viva.
Arwah mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan kerana melambung sebelum jatuh ke atas jalan.
Semasa kejadian aku ada di dalam rumah..
Menjadi kebiasaan arwah kalo nak keluar ke mana2..arwah akan bgtau ak...
Menjadi kebiasaan arwah kalo nak keluar ke mana2..arwah akan bgtau ak...
"Adik acccident!" jiran bgtau dalam keadaan cemas.
Bila keluar dari rumah..aku tengok Qistina didukung oleh seseorang.
Aku tengok luka pada dahinya..
Semoga Allah merahmati insan yang telah menolong kami dengan menghantar Qistina yang ditemani aku di kereta.
Qistina ku lihat seperti terkejut..tidak bersuara..
Aku hembus nafas ke mulut Qistina..
Lepas tu arwah menangis..hendakkan umi..
Sampai di HUSM terus ke kecemasan.
Umi sampai lepas dapat panggilan telefon daripada aku menggunakan handset kepunyaan orang yg menghantar kami.
SEMASA DI WAD KECEMASAN |
Qistina muntah.
Doktor cakap ada darah beku dalam kepala..
Kena operate secepat mungkin.
Malam tu jugak Qistina operate.
Lepas operate...lain sangat muka dia..
Lepas tu Doktor panggil umi dan bab
bagitau keadaan sebenar..
Qistina bergantung pada mesin.
Otak dia sangat bengkak..tak dapat nak kawal paru-paru utk bernafas.
Tersentak!
Tu je yang mampu khabarkan
SEMASA DI ICU NEURO |
Kebelakangan ni..
Dia happy sangat..
xde memnunjukkan tanda2 yang dia nak pergi..
Arwah sempat ke Genting sebelum ni bersama kami..
Arwah sempat keluar bersama kawan aku..
Angah dan Tasha
Disebabkan Angah dan Tasha stay kat rumah..
secara tak langsung mereka rapat sangat dengan Qistina
Angah ada belikan beg Domo kun untuk Qistina masa keluar ke KBMALL hari tu..
Aku marah kat Qistina..ingatkan dia yg mintak nak beg tu..
rupa-rupanya Angah willing utk belikan utk Qistina.
Dalam minggu lepas jugak..
Arwah pergi ke ChimChum..
Selalunya arwah suka makan steamboat..
Tapi pada hari tu..
Arwah hanya bakar dan rebus steamboat utk Aiman..
Tidak banyak makan..
hanya lebih kepada memerhati
Semasa keluar dengan bab dan umi pun..
arwah ada menyatakan
"Ena xse makey..ena nak tengok umi ng bab makey jah"
Mase BBQ kat Pantai Semerak..
arwah happy sangat sebab dapat main kayak...
bakar sotong
kali ni pun dia banyak melihat daripada makan..
Arwah ada main pasir...rambut dia kena tanah..
Kakak ada cakap
"Busuk eh rambut ena..g shampoo rambut"
"Busuk eh rambut ena..g shampoo rambut"
Arwah cakap
"xse shampoo..bau tanah sedap"
Mase kat HUSM..Thanks Kerol sebab datang.
lagi pilu bila Aiman xtahu yg Qistina da xde
Aiman pun berada dalam keadaan tak mengizinkan..
Thanks Shafiq sebab datang bagi support kat kami.
Tapi sayang...xsempat nak tengok QIstina.
Bila da bawa arwah ke rumah tok sedara
Aku,umi,kakak dam aiman tdo bersama Qistina buat kali terakhir
Pipi Qistina yang selalu aku cium da xde utk ak cium..
Qistina budak yang sangat pintar.
Aku akuinya..dan begitu juga yang lain..
"Selamat pagi dunia yang indah bersama keluarga tersayang yang indah seperti berada didalam dunia khayalan"
"Selamat pagi Malaysia"
"Setiap negeri ada kelebihannya"
ni antara status dan comment oleh arwah di FB.
Semasa mandikan arwah..
sayunya hati kami Allah saja yang tau
Buat kali pertama aku tengok bab menangis
sape yg xsedih bila anak meninggalkan kita
tapi..
kami akan lepaskan arwah pelan2..
Memori Qistina dengan kami masih segar dalam ingatan.
Arwah meninggalkan kami dalam keadaan suci
Seperti sedang tidur.
kami kucup Qistina buat kali terakhir..sebelum dikafankan
Aku cuci tempurung kepala Qistina..
tempurung kepala juga dikafankan sekali..
26 Disember 2011
arwah selamat dikuburkan berdekatan dengan kubur arwah datuk kami.
Arwah pergi ke tempat yang selamat.
Syurga tawaran buatnya.
MEninggalkan kami sebelum baligh.
Terasa cepat Qistina pergi..
Baju sekolah Qistina sudah berjahit..tetapi pemakainya sudah tiada.
Qistina meninggalkan kami pada umur 7 tahun.
Semoga rohmu dicucuri rahmat sentiasa.
Semoga kita bertemu di dunia akan datang.
Al-Fatihah.
Labels: life